SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung laman web ini. Diharapkan semuanya berada di dalam lindungan Allah S.W.T. dan juga berada di dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Pembinaan laman web ini merupakan permulaan satu era baru bagi sebuah sekolah kecil seperti kami.  Ia merupakan satu langkah kecil bagi mengumumkan kepada seluruh negara tentang sebuah sekolah kecil yang terletak di dalam daerah Kuala Kangsar. Walaupun hanya mempunyai 57 orang murid-murid, 12 orang guru dan 5 orang kakitangan kami tetap berusaha untuk memajukan sekolah demi untuk pembangunan anak bangsa.

Semoga laman web ini memberikan info terkini tentang sekolah kepada warga Kg Periang dan sekitarnya serta masyarakat luar. Pihak webmaster akan cuba untuk setiap masa memberikan maklumat terkini dan input yang berguna kepada anda semua.

Adalah diharapkan banyak pihak akan membuka mata dan memberikan perhatian kepada teratak kami yang kecil ini. Di akhir kata, salam hormat dan semoga kita dilimpahi rahmat olehNya. Asslamualaikum.

Guru Besar

Encik Mazlan Bin A. Wahab.

(2006 sehingga sekarang)

DIMANA SEGALANYA BERMULA

SK Periang merupakan sebuah sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid) di mana hanya mempunyai 57 orang pelajar dengan hanya kekuatan 12 orang guru untuk menampung keperluan pendidikan yang mencabar. Sekolah ini bermula ....

(baca seterusnya disini)

 Berita Terkini

Mesyuarat AJK PIBG sekolah telah dijalankan pada 30 Januari 2009 yang lalu. Mesyuarat telah memutuskan bahawa sukan sekolah akan di adakan pada 26 Februari 2009 yang akan datang. Pada 20hb Februari kelak, satu mesyuarat AJK PIBG akan dijalankan sekali lagi untuk memastikan kelancaran Hari Sukan.

Majulah Sukan Untuk Sekolah.

 Anda adalah pelawat ke:

 
Make a Free Website with Yola.