Assalamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya latihan rumah sukan kami yang pertama telah dimulakan pada minggu lepas iaitu pada 21 Januari 2009. Begitu juga dengan mesyuarat agong badan beruniform. Guru Kanan Kokurikulum yang baru telah menguatkuasakan penggunaan papan kenyataan untuk makluman Hari Kokurikulum. Segala pertanyaan tidak akan dilayan kerana informasi di papan kenyataan adalah sangat mencukupi.