Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ini merupakan blog pertama kami dan sebagai webmaster yang bertanggungjawab, saya akan cuba memastikan setiap perjalanan sekolah didokumentasikan dengan baik. Tidak terlau lewat untuk memulakan sebuah blog memandangkan sesi persekolahan belum lagi berusia sebulan.
Pada 16 Januari sesi pemilihan ahli rumah sukan dan guru rumah sukan telah dijalankan. Pada tahun ini guru-guru telah sepakat untuk memilih nama baru rumah sukan iaitu Rumah Jaguar, Rumah Cheetah dan Rumah Leopard. Agak melucukan kerana haiwan-haiwan ini menimbulkan kekeliruan pada kami dan akhirnya menjadi bahan ketawa kami.
Pada 17 Januari sesi mengukur baju telah berjalan dengan lancar. Nampaknya murid-murid akan bergaya dengan baju baru pada tahun ini. Majulah Sukan untuk Sekolah.